Saturday, October 3

Khairy Tidak Muncul..........

Awal-awal lagi Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin tidak bersetuju dengan pencalonan Tan Sri Isa Samad sebagai calon Umno. Berbeza dengan Tun Dr. Mahathir yang akhirnya 'bersetuju' Isa sebagai calon.

Tetapi Khairy nampaknya terus berpatah arang berkerat rotan apabila kelibatnya tidak kelihatan di Bagan Pinang pada penamaan calon hari ini. Walhal Bagan Pinang dan Rembau bukanlah jauh mana. Boleh jadi juga Khairy sibuk dengan menghadiri majlis rumah rumah terbuka.Berbeza dalam pilihanraya kecil sebelum ini, Khairy dengan lagak juara sering menjadi jurucakap Umno.

Apa maknanya tu? Maknanya jelas Isa bukan sahaja berhadapan dengan Pas dan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang tetapi berhadapan dengan protes dan bantahan pemuda Umno yang diketuai oleh Khairy. Mungkin Khairy akan hadir selepas ini tapi bagi saya hanya sebagai memenuhi syarat dan mencukupkan korum je...Tak lebih dari itu.

oleh Angkasanuri

PENJAGA GOL KE-9 BAGI BN

Mampukah Tan Sri Mohd Isa Samad menjadi taruhan mempertahankan maruah Barisan Nasional (BN) yang sudah beberapa kali kecundang dalam pilihan raya kecil?

Sebagai insan yang digemari penduduk tempatan, Mohd Isa akan kembali popular dalam partinya – UMNO - sekiranya beliau menang.

Secara peribadi, Mohd Isa memang popular dengan ahli UMNO – tidak keterlaluan kalau dikatakan lebih popular daripada Timbalan Presiden UMNO sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Naib-Naib Presiden UMNO yang ada sekarang.

Penyokong UMNO bagaikan boleh dan melupakan ‘kesilapan Tan Sri Isa’ pada 2004. Lagipun, bukan Mohd Isa sahaja melakukan perkara sedemikian. Cumanya beliau tidak bernasib baik kerana ketika melanggar ‘lampu merah’ polis trafik kebetulan membuat laluan di situ. Kereta lain yang membuat kesalahan sama terlepas kerana terlebih dahulu atau terkemudian daripada kehadiran polis trafik di situ.

Mohd Isa adalah ‘pemenang’ kerusi Naib Presiden 2004 dan ketika itu bintangnya dilihat cerah kerana menduduki tempat pertama kerusi Naib Presiden UMNO berbanding Muhyiddin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Ketika itu penyokong Mohd Isa melihat beliau berpotensi besar untuk melompat ke kerusi Timbalan Presiden kerana pemimpin seperti Datuk Seri Zahid Hamidi , Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Afdal jauh lebih junior.

Pada ketika sesetengah pemimpin UMNO, khususnya pemimpin veteran seperti Tun Dr Mahathir Mohamad ‘melihat sebelah mata’ kepada Mohd Isa, beliau sebenarnya masih ramai penyokong. Itu belum termasuk yang bersimpati kepadanya kerana seolah-olah beliau dijadikan kambing hitam dalam kes politik wang dalam UMNO.

Cumanya, jangan ada sabotaj pihak yang bimbang Mohd Isa kembali ‘ke kencah politik perdana UMNO’ kerana jika ini berlaku, memanglah sah ada usaha untuk membunuh karier politik Mohd Isa.

Hujan lebat yang turun di sekitar bandar Port Dickson pagi ini membawa pelbagai tafsiran. Apakah ia hujan rahmat atau member isyarat bahawa ada pihak yang kalah sebagai isyarat akan dibasahkan teruk dan hanyut bersama air lumpur ke Selat Melaka.

Memanglah hujan itu tidak menghalang proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang. Begitu juga dengan penyokong parti yang bertanding, mereka tidak berganjak untuk terus memberikan sokongan kepada calon masing-masing walaupun dalam keadaan basah kuyup.

Namun pilihan raya ini akan menguji Barisan Nasional (BN) kerana ia adalah DUN milik BN. Sebelum ini BN boleh mendakwa ia bertanding untuk ‘merebut’ kerusi lawan dan sewajarnya kalah.

Jika pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada awal tahun menyaksikan BN gagal mempertahankan kedudukannya, pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang ini menjadi kayu ukur sejauh mana BN mampu mempertahankan DUN miliknya dengan ‘segala bala tentera’ yang diturunkan.

Pagi ini, Kira-kira 10,000 penyokong dua parti utama, BN dan Pas berkumpul berhampiran pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) seawal pukul 6.30 pagi. Calon Pas Zulkefly Mohamad Omar bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan penyokong mula berarak dari Markas Induk, Batu 6 Bagan Pinang sejak 7 pagi dan tiba pada pukul 8.15 pagi ini.

Sementara calon BN, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin komponen tiba pada kira-kira 8.30 pagi.

Khabarnya, ada beberapa insiden yang tidak diingini berlaku dan pastinya jika tidak kerana hujan, suasana penamaan calon akan lebih panas dan membara.

Pengerusi Putera UMNO yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mendakwa dipukul oleh penyokong parti lawan ketika berarak mengiringi calon Barisan Nasional (BN) menuju ke pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di sini hari ini.

Katanya, beliau dipukul oleh sembilan orang penyokong parti lawan dan telah diselamatkan oleh anggota polis yang bertugas.

Pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon BN, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan calon Pas, Zulkifly Mohamad Omar. Calon bebas, Shahruddin Abdul Hamid gagal mengemukakan borang sehingga tempoh pencalonan ditutup pada pukul 10 pagi. Sebelum itu borang pencalonannya di tolak kerana penyokong bukan dari kalangan penduduk tempatan Bagan Pinang.

Selepas tempoh bantahan tamat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Abdul Wahab Shamsuddin mengumumkan hanya Mohd. Isa dan Zulkifly akan bertanding pada pilihan raya kecil itu.

oleh Hambali Abd Latiff.

R.A.M : Pas Kena Jawab Isu Berikut

Blogger dihantar oleh Rahman,Ahchong,Muniandy

Isu-isu yang PAS perlu jawab

1) PENGHINAAN TERHADAP ISLAM OLEH PEMIMPIN2 DAPig.
PengHALALan Nik Aziz tehadap perbuatan menghina Islam oleh para pemimpin DAPig tentunya akan menguburkan Pas di N31 malah tak mustahil juga di PRU13 kerana Pas dianggap tidak lagi mampu memperjuangkan Islam.

2) PENOLAKAN PAS TERHADAP KERAJAAN PERPADUAN UMNO.
Pas dilihat GILAKAN KUASA dan kedudukan apabila sanggup berkerjasama dengan KAFIR daripada menjalinkan persefahaman dengan sesama muslim.

3) KEMELUT POLITIK TAK BERTAMADUN Pakatan Rasuah (PR) DI PERAK
Isu menghina Raja dan usaha menghuru harakan keamanan di Perak oleh Nizar PENDERHAKA akan memberi kesan yang besar dikalangan orang melayu. Ditambah pula Nizar jelas berada dibawah telunjuk KAFIR DAPig didalam setiap isu yang berlaku di Perak.

4) PENGHINAAN PAS DAN Pakatan Rasuah (PR) KEPADA ANGGOTA BADAN BERUNIFORM.
Selama ini Pas dan Pakatan HARAM pembangkang sering melabelkan anggota beruniform di Malaysia seperti Polis, FRU, Rela dan juga Askar sebagai TALIBARUT kerajaan. Malah ada juga di gelar ANJING kerajaan kerana melaksanakan tugas dan tanggung jawab mereka. Kini di Bagan Pinang, Pas dan Pakatan HARAM pembangkang secara TAK TAHU MALU kembali menagih undi dari anggota beruniform ini.

5) KES LIWAT ANWAR
Ramai telah menyedari usaha Anwar melengah2kan perbicaraan kes liwatnya di mahkamah. Pelbagai cara dilakukan oleh Anwar untuk mengelakkan kesnya dibicarakan dan Pas tetap menyokong penuh Anwar yang penuh dengan SALAHLAKU MORAL ini.

6) KRISIS PENYELEWENGAN WANG RAKYAT DI SELANGOR
Pakatan HARAM pembangkang berdepan dengan tuduhan penyelewengan wang rakyat oleh adun DAP di Selangor. Dan juga penglibatan KONGSI GELAP didalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Ini menunjukkan bahawa Pakatan HARAM pembangkang TIDAK LAYAK diberikan kuasa mentadbir kerana jika dibiarkan..., negara pun akan mereka jual.

7) ISU KUIL DI SELANGOR
Adun Pas dan PKR bersekongkol menggalakkan pembinaan kuil di penempatan orang Islam di Selangor. Tindakan mereka tidak mengendahkan sensitiviti masyarakat Islam ini menyebabkan penolakan TOTAL kepada mereka dari orang2 melayu/Islam di Selangor.

8) KELEMAHAN MENANGANI ISU ARAK
Hasan Ali yang pada mulanya amat bertegas mengenai larangan penjualan ARAK terpaksa "menyerahkan kepala" untuk dipijak oleh KAFIR DAP setelah campurtangan Anwar. Ini menyerlahkan bahawa Pas Selangor hanya menjadi pencacai kepada Pakatan HARAM pembangkang.

9) KETIDAK MAMPUAN PAS MENJANA PEMBANGUNAN
Ini terbukti di Manek Urai apabila Pas hampir tewas kerana penolakan oleh rakyat setempat yang diabaikan serta dibiarkan MUNDUR dari segi pembangunan. Pemimpin2 Pas terpaksa menggunakan isu SYURGA dan menjanjikan PAHALA bagi menarik undi kepada mereka.

10) PAS MENJADI TALIBARUT KEPADA KAFIR DAP
Imej Pas sebagai parti Islam telah terhapus terutamanya setelah menggantikan slogan mereka dari MEMBANGUN BERSAMA ISLAM kepada PAS FOR ALL. Pas dilihat menjadi BARUA kepada KAFIR DAP apabila bersekongkol mengHALALkan ayat QURAN dipermainkan oleh KAFIR di Perak. Pas juga dilihat menjadi pembela kepada SALAHLAKU MORAL pemimpin2 DAPig apabila Nik Aziz dan muslimat Pas "mengampunkan" MODEL BOGEL DAPig.

Monday, September 28

RAJA KATA, TERUK SUNGGUH NYANYIAN MU

Apabila Tok Guru Nik Abdul Aziz mengulangi pendirian bahawa Raja Katak perlu letak jawatan sebagai Ahli Parlimen kerana dilihat tidak sehaluan dengan parti PAS yang memberi tiket kepadanya bertanding di situ dalam pilihanraya yang lalu, Raja Katak bersuara dengan suara hodoh lagi busuknya, "Dia yang patut letak jawatan, dia dah lama jadi Menteri Besar, dia dah tua, sakit....dia yang kena letak jawatan, dan patut beri laluan pada orang baru."

Suara orang jenis UMNO walaupun dah disepak UMNO, yang perasan bagus tapi hodoh lagi busuk. Kata-kata yang sebenarnya penuh sombong dan penghinaan.

Raja Katak yang tak sedar diri ini, tak sedar bahawa tuanya Tok Guru hanya dari segi usia tetapi muda dan sangat segar serta up-to-date dari segi pemikiran dan tindakan politik. Tidak seperti Raja Katak yang nampak mungkin lebih muda dari segi usia berbanding dengan Tok Guru tetapi sangatlah tuanya dan primitifnya kepala otak dia dari segi pemikiran apa-apapun terutama pemikiran dan tindakan politiknya. Pemikiran yang hampeh !!

Raja Katak kata Tok Guru sakit. Amboi....amboi....amboi....tak sedar diri sekali lagi. Kalau sakitpun Tok Guru hanya sakit fizikal kerana usia fizikal yang tua tetapi Tok Guru tidak 'sakit jiwa' seperti Raja Katak !!

Antara tua fizikal tetapi pemikiran dan tindakan politik yang muda, segar dan relevan kepada semua jenis manusia DENGAN muda usia fizikal, tetapi tetapi tua, kolot, penipu dan jumud pemikiran lagi sakit jiwa, mana satu yang patut letak jawatan ? ONNGG....ONNGG...!!

RAJA LOMPAT VS RAJA CELUPAR



DEMI KEBAIKAN RAKYAT DAN ISLAM CARA IBRAHIM ALI BERBEZA DENGAN CARA NIK AZIZ

Apa kenyataan pun kita boleh lakukan asal kita tidak bisu dan kita tidak takut kepada dosa-dosanya. Allah telah mengatakan dalam al-quraan, kerana mulut majoritinya kita masok neraka. Ciri-ciri orang beriman ia amat menjagai setiap kata-katanya, kalau pun dia bercakap dia akan bercakap perkara-perkara yang benar sahaja dan jauh sekali bagi niatnya untok menyakit hati sesama islam.

Datok Ibrahim Ali terkenal dengan suka melompat sana sini, parti itu dan parti ini. Tetapi lain pula dengan Nik Aziz tidak suka melompat tetapi menyanjung tinggi jika ada pemimpin parti lain yang melompat kepartinya dan Allah menyediakan syurga kepada mereka-mereka yang menyokong dan melompat kepada Pas diakhirat nanti.

Bibit-bibit kesayangan Nik Aziz kepada Ibrahim Ali tercetus semasa PRU11. Dimasa itu Kerajaan Pas Kelantan adalah masalah perhubungan dengan istana Kelantan, Ibrahim Ali lah yang memain peranan bagi memulihkan keadaan tersebut kebetulan Ibrahim Ali juga pengerusi MTR Kelantan.

Jasa-jasa Ibrahim Ali kepada Pas dimasa itu amat besar sekali. Gelombang pengundi semasa PRU 11 tersebut ternyata lebih memihak kepada BN disebabkan masalah dalaman pas sendiri masalah dengan pehak istana dan perubahan pucuk pimpinan negara Tun Mahathir kepada Pak Lah, tetapi diatas kebijaksanaan Ibrahim Ali masa itu pas masih lagi mampu memerintah Kelantan walaupun dengan dengan majoriti tipis 1 kerusi. Kalau Nik Aziz menggeluarkan kenyataan menghina duit dan sembahayang Ibrahim Ali tidak diredhai oleh Allah SWT kerana bertanding atas tiket pas dan menang seterusnya mengkritik pas dijatuh hukum sedemikian oleh Nik Aziz, apakah Ibrahim Ali tidak boleh menjatuh hukum kepada Nik Aziz? Disini menampakkan kepada kita keiklasan itu ada pada Ibrahim Ali kerana Ibrahim Ali mengkritik Pas atas semangat sesama islam,sebangsa dan senegara lain dengan Nik Aziz suka membangkitkan isu2 lama dan terus mengait dengan agama dan menjatuh hukum sesuka hati. Itu belum diambilkira lagi lebih 100,000 penderitaan anak-anak muda Kelantan yang terpaksa berhijrah kenegeri lain untok mencari perkerjaan.

Kalau pun tidak kena Ibrahim Ali itu adalah kerana mengkritik untok kebaikan, ia tidak menghina sesama islam. Tetapi bagi penyokong-penyokong panatik pas yang menyokong tindakan Nik Aziz sedemikian kepada Ibrahim Ali adalah atas dasar topeng disebalik keugamaan menghina sesama islam.

Dulu-dulu apa kata Nik Aziz kepada Tun Mahathir, takkan semudah itu kita lupa semasa Tun menjadi PM? Kalau sekarang Nik Abdul Aziz berkata faktor tua bukan menjadi penghalang seseorang daripada menjadi pemimpin politik. "Tua apa salahnya, kalau muda pun hanya sampah apa guna?" tapi kenapa dulu Nik Aziz berkata kepada Tun macam-macam?

Di Kelantan kita tak payah bincang soal pembangunan. Kalau kita terpengaruh dengan kata-kata Nik Aziz seolah-olah kerana pembangunanlah yang pas buatlah rakyat kelantan menyokong parti itu dari tahun 1990 sampai sekarang. Banyak perubahan dari segi pembangunan telah dilaksanakan di Kelantan, termasuk di daerah-daerah terpencil seperti Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli. Kita hendaklah berfikir dengan waras dalam soal ini.

Sekarang baru Nik Aziz sebut soal pembangunan, kalau dahulu Nik Aziz kata buat apa kepada pembangunan semuanya itu untok dunia semata-mata tidak boleh dibawa mati. Dan kalau benar rakyat Kelantan mahukan kepada pembangunan sudah tentu Umno tidak akan kalah begitu teruk di Kelantan. Kekalahan Umno di Kelantan kepada Pas adalah kerana penyelewengan ajaran islam dikalangan pemimpin pas untok tujuan politik itu paling tepat.

'Perang mulut' antara Datuk Ibrahim Ali dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengulangi desakan supaya Ahli Parlimen Pasir Mas itu meletakkan jawatannya semakin memuncak.

Hari ini, Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas dengan 'meminjam' logo Pas pada pilihan raya umum lalu menggariskan 10 hujah kenapa Nik Abdul Aziz mesti mengosongkan kerusi Menteri Besar Kelantan yang disandangnya sejak 1990.

Berikut adalah 10 hujah yang dikemukakan oleh Ibrahim:

Nik Abdul Aziz sudah terlalu lama bergelar wakil rakyat dan Menteri Besar. Beliau adalah 'barang lama' manakala naluri manusia pula sentiasa berkehendakkan sesuatu yang baru.

Beliau sudah nyanyuk kerana bercakap tanpa usul periksa apabila menerima maklumat selain melupakan jasa Ibrahim yang bekerjasama sewaktu kerajaan Pas Kelantan berada pada kedudukan getir.

Kerap uzur sedangkan kesihatan yang baik adalah syarat utama untuk menjadi ahli politik.

Tidak menumpukan kepada tugasnya sebagai Menteri Besar kerana asyik berceramah selain diperalat oleh beberapa individu dalam Pas Kelantan.

Tidak cekap mentadbir dan jauh sekali mempunyai idea dan kreativiti yang amat diperlukan dalam era dunia tanpa sempadan.

Menjadi alat kepada DAP walaupun parti itu secara terang-terangan menentang pelaksanaan negara Islam yang menjadi cita-cita Pas.

Menjadi alat kepada pakatan pembangkang untuk menghalalkan agenda memecahkan perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu selain mempergunakan Islam untuk kepentingan politik.

Ramai pemimpin Pas Kelantan dan pusat mahu beliau meletak jawatan cuma mereka tidak berani bersuara.

Mempunyai sikap riak dan takbur kerana menganggap hanya beliau sahaja yang betul dari segi Islam sehingga sanggup menghukum bahawa ibadah orang yang tidak sehaluan dengannya tidak diterima Tuhan.

Gagal mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan walaupun mempunyai kekuatan modal insan yang rajin bekerja selain kaya dengan hasil bumi, budaya mahupun kepelbagaian makanan.

Sewaktu dihubungi Utusan Malaysia, Ibrahim menjelaskan tindakan beliau itu tidak bermotifkan dendam peribadi sambil mengakui beliau juga mempunyai kelemahan.

"Walaupun pahit saya kena bercakap sebab orang lain tak berani, saya tahu perkara ini akan menyebabkan saya 'dibelasah' dalam blog tapi saya menerimanya dengan senang hati.

"Saya tiada masalah peribadi dengan Nik Aziz, beliau nak kecam saya, hukum saya masuk neraka pun saya tak kecil hati tetapi saya kena tegur untuk kebaikan agama bangsa dan negara," katanya.

Semalam, Nik Abdul Aziz mengulangi desakan supaya Ibrahim meletak jawatan jika mahu amal solehnya diterima Allah kerana rezeki yang diperoleh melalui jawatan tersebut adalah 'tidak betul'.

Desakan itu dibuat ekoran tindak tanduk politiknya yang semakin bertentangan dengan hala tuju Pas.

P/S : Pemimpim-pemimpin pas yang lain juga seharusnya memuji tindakan Ibrahim Ali bersuara memberi candangan supaya Nik Aziz berundur dari memegang jawatan dalam Pas.

Ibrahim Ali membuka jalan laluan kepada pemimpin pas yang lain Kesimpulannya Ibrahim Ali lebih berjiwa islam, lebih menyayangi bangsa dan lebih menyayangi negara berbanding Nik Aziz bahkan suaranya di Parlimen boleh mengalahkan pemimpin-pemimpin Umno sendiri.

Dalam situasi sekarang islam dan melayu perlu kepada pembelaan, bagi Pakmie Ibrahim Ali perlu dipuji seorang pemimpin politik yang harus disanjung tinggi.

Kalau Nik Aziz, Karpal dan Anwar tidak suka kepada pemimpin seperti Ibrahim Ali itu menunjukkan Ibrahim Ali salah seorang pemimpin melayu yang boleh dianggap berani mempertahankan agama dan bangsanya sendiri di negara ini.

Manakala pemimpin-pemimpin pas yang lain suka mengambil sikap berdiam diri tunggu dan lihat. Mereka hanya menjaga kuasa politik diatas penderitaan rakyat Kelantan.

Kalau kita tengok cara Nik Aziz memilih calon bertanding semasa PRK Manik Urai tempoh hari sudah jelas kepada kita bahawa Nik Aziz tidak mahu kepada pemimpin pelapis yang berpendidikan, supaya ia terus mengekalkan kedudukannya sebagai MB. Wakil-wakil rakyat yang lain hanya mampu angguk-angguk dan geling-geling sahaja tidak tahu apa-apa buat kerja asalkan pandai ber ceramah politik. inilah cara Nik Aziz berpolitik untok mengekalkan kuasanya.

catatan PakMie-SELALU ADA YANG BARU


Zaid Ibrahim : Kesian Isa Samad

Dalam menentukan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang, pucuk pimpinan UMNO (yang sekarang seolah-olah diketuai oleh Dr Mahathir Mohamad) riuh-rendah tidak mahu Isa Samad menjadi calon. Bagi mereka, Isa telah tercemar dengan rasuah dan UMNO perlukan calon yang “bersih”.

Wah, wah, wah! Begitu bersungguh-sungguh UMNO mahu banteras rasuah. Kesalahan politik wang dalam UMNO dianggap rasuah yang besar sedangkan rasuah sebenar yang melinatkan berbilion ringgit wang rakyat, mereka sanggup tutup sebelah mata.

Betullah bagi duit untuk perwakilan sewaktu pemilihan adalah satu kesalahan rasuah tetapi hal bagi duit kepada orang UMNO ini adalah satu budaya yang lazim dan diguna pakai oleh semua pemimpin UMNO.

Ada perwakilan menerima RM500 dan ada juga yang menerima RM1,000; bergantung kepada jawatan yang dipertandingkan, dan siapa yang bertanding. Setahu saya, semua pemimpin Majlis Tertinggi UMNO, bila berkempen, mereka gunakan ejen-ejen tertentu untuk membeli undi atau meluluskan projek (yang sama juga taraf rasuahnya).

Jadi usahlah mereka berlagak “whiter than white” dan menganggap kesalahan Isa Samad itu besar benar. Kalaulah Isa semasa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dahulu mengambil rasuah berjuta ringgit, itu memang patut menjadi sebab mengapa beliau tidak boleh menjadi calon.

Kalau itulah yang berlaku, mengapa pula beliau dikekalkan sebagai MB begitu lama? Malah kita dengar ramai MB dan bekas MB dari UMNO yang bergelumang dengan rasuah dan penyelewengan duit rakyat. Kalau setakat duit kempen pemilihan UMNO, rasanya tak ada seorang pun pemimpin UMNO yang berani bersumpah yang dia adalah “bersih”.

Usahlah guna alasan politik wang dalam UMNO semata-mata nak tunjuk kononnya UMNO ini parti yang bersih. Kalau benar-benar jujur dan mahu “bersih”, mengapa sibuk nak tangkap orang yang dedahkan maklumat tentang PKFZ?

Sepatutnya siasatan dan tindakan diambil terhadap orang yang disyaki bersalah. Ini cuma nampak kuman di seberang laut, gajah di depan mata, pura-pura buta. Skandal PKFZ itu penyelewengannya berbilion-bilion ringgit.

Masakan PKA dapat pinjaman mudah dari kerajaan dengan cara kelulusan retrospektif Cabinet sebanyak $4billion tanpa penglibatan orang atasan. Pinjaman yang pasti tidak terbayar kerana projek itu telah pun gagal . . Samakah rompakan wang rakyat itu dengan kesalahan beri duit kempen kepada perwakilan UMNO?

Kalau tak mahu Isa Samad bertanding, cakap saja kerana dia orang lama yang sudah tua dan tak sesuai lagi. Cakap saja UMNO mahu muka baru.. Saya harap pucuk pimpinan UMNO akan menghormati pilihan akar umbi, terutamanya UMNO Bahagian Teluk Kemang, yang benar-benar mahu Isa Samad bertanding. Beri peluang kepada Isa untuk bertanding.

catatan Zaid Ibrahim

Friday, September 25

BERANIKAH IGP TANGKAP MENTERI KEWANGAN LULUS PKFZ

Pihak polis sepatutnya menangkap anggota kabinet yang terlibat memberikan kelulusan yang membawa kepada peningkatan kos Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar

Beliau kesal dengan tindakan polis membazirkan wang rakyat dengan membuang masa hendak memburu mereka yang terlibat membocorkan kertas kabinet mengenai perkara itu.

"Kenyataan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sebelum ini bahawa dalam kes PKFZ, apa-apa yang boleh dimaklumkan akan dimaklumkan, tetapi (ia) bukan alasan untuk mendedahkan Kertas Kabinet membuktikan bahawa kertas kabinet yang didedahkan oleh Malaysia Today itu adalah dokumen tulen.

"Lebih dari itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat sendiri dipetik oleh akhbar Kwong Wah Yit Poh bahawa beliau tahu mengenai kebocoran tersebut sebelum menjadi menteri lagi.

"Polis jangan buang duit rakyat dengan menghabiskan masa untuk menyiasat siapa yang membocorkan kertas itu," kata Mahfuz.

Kesalahan kabinet meluluskan peningkatan kos PKFZ seperti yang dicatatkan oleh kertas tersebut adalah lebih besar dari dari kesalahan membocorkan kertas kabinet di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA), katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu bimbang sikap kerajaan dan polis membesar-besarkan isu kebocoran itu akan berakhir dengan dakwaan bahawa kertas yang disiarkan oleh Malaysia Today itu adalah dokumen palsu dan bukan kertas kabinet.

"Jika polis mendakwa kertas tersebut bukan kertas kabinet, akhirnya tidak ada siapa yang ditangkap kerana melakukan kesalahan meluluskan kos peningkatan PKFZ yang dibuat dalam bentuk syubhat dan bertentangan dengan peraturan kewangan kerajaan itu," katanya.

Beliau juga bimbang keghairahan polis membesar-besarkan isu kebocoran kertas kabinet itu bertujuan mengalihkan siasatan ke atas perkara yang sepatutnya disiasat, antaranya untuk menyiasat adakah benar Menteri Pengangkutan memberikan surat jaminan bagi beberapa penerbitan bon.

"Adakah polis akan menyiasat adakah benar perkara itu berlaku kerana jika ia berlaku, jaminan Menteri Pengangkutan itu boleh dianggap tidak sah kerana jaminan kerajaan hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan atas persetujuan jemaah menteri. Itu peraturan kewangan kerajaan," katanya.

Beliau juga menuntut polis menyiasat benarkah Menteri Pengangkutan telah mendapat kelulusan dasar Perdana Menteri untuk melaksanakan keseluruhan projek tersebut tanpa merujuk kepada agensi pusat sedangkan, setelah dilaksanakan projek tersebut didapati tidak berdaya maju dan kos projek pula telah meningkat kepada RM4,632,732,000.00 sedangkan anggaran kos asal hanya RM1.088 bilion sahaja.

"Polis juga sepatutnya menyiasat adakah pertambahan skop kerja yang melebihi RM100 juta dari kos asal sebanyak sebanyak RM1.088 bilion itu telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan atau tidak," katanya lagi.

Mahfuz melihat tumpuan polis untuk menyiasat kebocoran kertas kabinet itu semakin menguatkan jangkaan umum bahawa tidak ada siapa pun akan dihukum berikutan skandal PKFZ itu.

Semalam, perkembangan lebih mencurigakan berlaku apabila Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menafikan laporan berita Bernama yang memetik beliau sebagai berkata bahawa ada menteri akan dipanggil bagi membantu siasatan kes penyiaran dan penyebaran kertas kabinet mengenai skandal PKFZ itu.

Bukit Aman dalam satu kenyataan di sini menjelaskan bahawa Musa tidak pernah menyatakan bahawa menteri akan dipanggil bagi tujuan itu ketika menghadiri satu majlis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pagi ini.

"Apa yang beliau (Musa) katakan adalah saksi atau individu akan dipanggil bagi membantu siasatan dan kenyataan mereka diambil," kata Penolong Pengarah Pengurusan bagi Hal Ehwal Awam ACP Lai Yong Heng dalam kenyataan itu.

Polis dijangka mengesan mereka yang dipercayai terlibat dalam kes penyiaran dan penyebaran Kertas Kabinet itu yang melibatkan isu PKFZ.

Penyiaran Kertas Kabinet itu di sebuah laman web, yang berkaitan projek PKFZ bernilai RM12.5 bilion telah mengundang kemarahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengecam tindakan itu, kerana dokumen berkenaan membabitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Kertas Kabinet 18 muka surat itu didakwa sebagai memorandum daripada Kementerian Kewangan pada Jun 2007, untuk mendapatkan persetujuan kabinet bagi memikirkan semula untuk meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM4.6 bilion bagi membiayai projek PKFZ.

Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik Lembaga Pelabuhyan Kelang (LPK) bagi menyiasat skandal PKFZ, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.